Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
Usaha- usaha Untuk Memupuk Perpaduan Kaum di Malaysia
Dengan menganjurkan program-program yang bermanfaat sesama masyarakat, semangat muhibah antara kaum yang berbeza di Malaysia dapat disemarakkan. Inisiatif tabungan kawasan setempat juga boleh diperkenalkan bagi memudahkan program ini dijalankan. Antara agenda program tersebut dijalankan adalah bertujuan:-
- Membendung sikap diskriminasi anatara kaum dan mewujudkan nilai keakraban di dalam masyarakat yang pelbagai kaum.
- Pelbagai lapisan masyarakat yang hadir dapat berkomunikasi serta bertukar-tukar pendapat dan idea-idea berkaitan dengan sesuatu isu semasa mahupun global atau hal kemasyarakatan.
Contoh-contoh program yang boleh dijalankan adalah seperti:-
- Sambutan Hari Keluarga
- Sambutan Hari Ibu
- Sambutan Hari Bapa
- Sambutan Hari Perayaan
Jelaslah bahawa usaha-usaha dalam membentuk perpaduan kaum di Malaysia boleh direalisasikan dengan pelbagai program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dan masyarakat setempat yang berpotensi untuk memperkasakan hubungan antara kaum di negara kita ini.
Melaksanakan sekolah wawasan
Sehubungan dengan itu, sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Selain itu, terdapat sekolah wawasan yang menempatkan tiga jenis sekolah iaitu:-
- Sekolah Kebangsaan
- Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
- Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini, ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. Sebagai contoh:-
- Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah.
- Penggunaan serta penerapan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.
Sewajarnya, memang tidak boleh kita nafikan bahawa sistem pendidikan negara kita merupakan pemangkin dalam proses memperkasa hubungan sesama kaum. Dari perspektif yang lain, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan juga merupakan salah satu langkah dalam mendekati matlamat dan harapan para pemimpin kita untuk mencapai perpaduan kaum.
Penerapan nilai-nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di Malaysia. Dengan itu, rakyat boleh mengaplikasikan dan berkongsi budaya kaum mereka itu sendiri dengan kaum lain dari aspek seperti:-
- Pemakanan
- Pemakaian
- Peradaban
Sebagai contoh yang kita boleh lihat telah pun dijalankan oleh rakyat Malaysia antaranya adalah seperti:-
- Semakin ramai wanita bukan Melayu yang memakai baju tradisional orang Melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis mahupun ke kuliah di universiti.
- Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaum-kaum yang lain.
- Memperkenalkan adab-adab orang Melayu kepada kaum Cina dan India atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.
Oleh itu, penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum dalam negara.
Program Kenegaraan seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Jika perkara ini diteliti dengan lebih lanjut, sebelum ini kerajaan telah mewajibkan remaja yang berumur 17 tahun ke atas untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Modul kenegaraan PLKN sememangnya bertujuan untuk melahirkan semangat perpaduan dalam sanubari remaja daripada masyarakat majmuk yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Selaras dengan modul kenegaraan yang dijalankan, para remaja berbilang kaum berpeluang untuk bekerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Justeru, perpaduan dapat disemai melalui aktiviti-aktiviti berkumpulan tersebut. Sememangnya, tidak dapat disangkal lagi bahawa PLKN turut memainkan peranan dominan dalam iltizam membentuk perpaduan kaum.
Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara perlulah bergantung kepada perpaduan kaum seluruh rakyatnya. Pelbagai pihak harus bergerak sekali seia sekata bersama iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara seperti kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Perpaduan kaum merupakan suatu misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Oleh yang demikian, rakyat itu sendiri adalah aset negara yang paling penting lagi bernilai dalam pembinaan negara yang berbilang kaum demi visi ke arah Wawasan 2020.
Mari kita saksikan experimen sosial rakyat Malaysia !









Alhamdulillah.. terima kasih untuk info ini sahabat..
ReplyDeletealhamdulillah moga bermanfaat ya sahabat..
DeleteNice
ReplyDeletealhamdulillah moga bermanfaat ya sahabat..
DeleteMANTAP SAUDARA, SANGAT BERGUNA..
ReplyDeleteInformasi yang sangat baikk
ReplyDelete